Bila Allah swt tidak memperkenankan doa, mungkin ada yang merasakan bahawa itu suatu kezaliman. Tidak ada kah yang mahu menganggapnya sebagai tanda bahawa Allah ingin menyelamatkan kita daripada keburukan yang telah pun kita meminta dek kerana kedhoifan diri sendiri?

ألآ إنّ حزب الله هم المفلحون…

Anugerah itu, ialah apabila Allah swt menghadirkan rasa ketidaksukaan dalam hati tatkala mendapat pujian.

لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
له الملك وله الحمد،
يحيي ويميت،
وهو على كل شيئ قدير

Ya Allah, jangan sampai aku menyekutukanMu dengan kelebihan yang Engkau pinjamkan untukku.

Apa-apa pekerjaan yang dilakukan dengan niat selain demi Allah swt, jikalau ditakdirkan kita diuji ketika atau selepas melakukannya, maka jiwa akan mudah resah, kalah dengan ujian.

Merupakan suatu kerugian yang besar bilamana seseorang itu mempelajari ilmu, tetapi dia tidak tahu mengapa dia mempelajari ilmu tersebut.

Semoga kalian dapat kembali dalam keadaan diredhai Allah swt.

يا أيتها النفس المطمئنة
ارجعي إلى ربك راضية مرضية
فادخلي في عبادي
وادخلي جنتي

Semoga kalian dapat kembali dalam keadaan diredhai Allah swt.

يا أيتها النفس المطمئنة
ارجعي إلى ربك راضية مرضية
فادخلي في عبادي
وادخلي جنتي

اللهم إنك تهدي من تشاء فاهدني إلى صراط مستقيم

crushis:

This brought tears to my eyes

Agar sentiasa merasa dekat dengan Allah swt, jauhkan diri dari perkara yang melalaikan.

Rasa marah dan sedih bila aib diperkatakan, tapi lidah sendiri sering membicarakan aib orang lain.

Bila hati disakiti manusia, pertama sekali yang harus diingati ialah Allah. Celaan manusia tidak membawa makna apa-apa kepada diri, tapi celaan Allah swt mengundang kerugian yang paling besar.